Pages

Thursday 26 July 2012

MOTTO SMK GEMAS



Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berusaha secara berterusan membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berjaya.

Tuesday 24 July 2012

LOGO SMK GEMAS





warna hitam : Melambangkan kejayaan kecemerlangan dan keunggulan.
warna merah : melambangkan keberanian dan ketabahan warga sekolah menghadapi cabaran
warna kelabu : melambangkan kerjasama warga sekolah dan ibu bapa ke arah mencapai kecemerlangan murid
warna putih : melambangkan keikhlasan dan niat murni melahirkan murid seimbang dari segi JERI(S)
Bintang : Bintang berbucu melambangkan lima prinsip Rukun negara yang menjadi teras utama bagi melahirkan insan
cemerlang dan unggul selaras dengan FPN
Bulan sabit : Bulan sabit melambangkan tahap pembelajaran yang perlu dilalui dalam menguasai ilmu pengetahuan
Olahraga : simbol olahraga melambangkan pembentukan disiplin dan jati diri dalam mencapai kejayaan
Skroll : melambangkan kepentingan ilmu dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar
Radas sains : Peralatan sains melambangkan kepentingan sains dan teknologi ke arah mencapai matlamat pendidikan
negara 


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMAS



SMK Gemas ditubuhkan pada awal tahun 1983. Pada awal penubuhnya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menegah Rendah Gemas. Kawasan yang seluas 16 ekar ini pada awalnya terdiri daripada 2 buah bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 bilik makmal sains.

Sebuah padang yang boleh memuatkan trek 400 meter disediakan untuk murid-murid beriadah. Pada tahun 1988 sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 buah bilik darjahtelah dibina. Ini diikuti pada tahun berikutnya dengan tambahan 4 buah bilik darjah lagi. 

Pada tahun 1991, kerajaan telah memperuntukkan untuk pembinaan 12 bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Pada tahun 2009, SMK Gemas kini mempunyai sebanyak 26 bilik darjah, 6 makmal sains, 6 bengkel kemahiran hidup, 2 bengkel ERT, sebuah dewan besar, dewan terbuka, sebuah makmal komputer, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang tenis dan 1 gelanggang takraw.

Pada peringkat awal sekolah ini hanya mempunyai seramai 196 orang pelajar dan 8 orang tenaga pengajar. Kini, jumlah warga SMK Gemas ialah seramai 900 orang pelajar dan 65 orang tenaga pengajar.